Aura Raja Sehari

KENALI KAMI


Aura Raja Sehari telah beroperasi selama 13 tahun iaitu sejak 2009. Bermula dengan fokus kepada perkhidmatan perkahwinan, kini perniagaan Aura Raja Sehari telah dikembangkan kepada pembuatan, pengedaran dan penjualan busana tradisional melayu dan muslimah disamping penjualan set penjagaan kulit wajah khas untuk bakal pengantin atas nama produk Aura Bridal Skincare.

Kini Aura Raja Sehari beroperasi di kompleks membeli belah Melawati Mall dan juga butik Pengantin di Taman Permata Hulu Kelang.

Perkhidmatan Aura Raja Sehari berdasarkan kepada moto 'Affordable, Realiable & Simple' kembangan dari singkatan ARS (Aura Raja Sehari). Menjual/menyewakan  busana pada harga mampu milik (affordable), menyediakan perkhidmatan yang dipercayai pelanggan (reliable) dan juga menghasilkan rekaan-rekaan busana yang menarik dengan rekaan yang ringan (simple) yang sesuai dengan kehendak pelanggan.

Aura Raja Sehari telah membantu ramai bakal pengantin mencapai impian di majlis bersejarah mereka dan sudah tentu bersedia untuk ANDA juga.

Lawati butik Aura Raja Sehari di Melawati Mall Hulu Kelang untuk mendapatkan pakej busana pengantin yang anda impikan.

Sejarah perkembangan Aura Raja Sehari

Satu Perjalanan

Di awal perkembangan

AR Brothers Sdn Bhd
Perniagaan Aura Raja Sehari dimiliki sepenuhnya oleh syarikat AR Brothers Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan secara rasmi pada 16 Jan 2007 dengan 2 orang ahli lembaga pengarah iaitu Sdra Ramlee Abdul Rahman dan Sdra Ahmad Shafie Abdul Rahman.

Oleh sebab-sebab tertentu, beberapa perubahan ahli lembaga pengarah berlaku sejak diawal penubuhan syarikat yang melihat beberapa muka baru dilantik menjadi ahli lembaga pengarah. Ahli Lembaga Pengarah baru telah dilantik seramai 3 orang iaitu:
- Puan Azizah bte Shamsudin
- En. Ahmad Kamil Abdul Rahman
- Puan Nor Hayati Abdul Rahman

Namun, langit tidak selalu cerah, Puan Nor Hayati bte Abdul Rahman telah kembali kerahmatullah pada 20 january 2023 pada usia 50 Tahun setelah berkhidmat dengan Aura selama 14 tahun - AlFatihah dan semoga diampunkan dosa dan ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman.

Sekarang ini, Ahli Lembaga Pengarah adalah 2 orang iaitu
1- Puan Azizah bte Shamsudin
2- En Ahmad Kamil bin Abdul Rahman

AURA Raja Sehari
AURA secara rasmi memulakan perniagaan pada bulan Ogos 2009  bertempat di AU5D, Lembah Keramat Kuala Lumpur. Diperingkat awal, terdapat 2 orang perkerja sahaja yang mejadi tulang belakang syarikat iaitu Sdra Ahmad Kamil dan Pn Nor Hayati. Kemudian beberapa orang lagi menjadi ahli keluarga Aura Raja Sehari sehingga hari ini.

Perkembangan perniagaan AURA
Setelah beroperasi selama lebih 3 tahun di Lembah Keramat, AURA telah membuka butik baru di dalam kompleks GIANT Hypermarket Taman Permata pada tahun 2012. Dilokasi terbaru ini, AURA telah meneroka bidang baru iaitu pembuatan dan penjualan baju tradisional Melayu iaitu baju kurung dan baju Melayu sedondon selain mengekalkan perkhidmatan bridal. Selain itu Aura juga telah mula menjual barang-barang keperluan muslimin dan muslimat seperti jubah, selindang & veil, songkok, butang, sampin dsb. Perniagaan di lokasi baru ini telah mendapat sambutan yang hangat dari masyarakat setempat sehinggakan AURA membuka cawangan ke dua di Giant Hypermarket Kota Damansara pada tahun 2014. Pembukaan rasmi telah dibuat dengan meriah dan mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat.

Operasi di kedua-dua lokasi berjalan sekitar 3 tahun sebelum Aura mengambil keputusan menutup kedua-dua cawangan butik tersebut setelah perjanjian penyewaan dengan kompleks GIANT tamat dan kemudian Aura berpindah ke lokasi baru iaitu Kompleks Membeli-belah Melawati Mall di Hulu Kelang pada tahun 2017 . Operasi Aura masih berterusan di Melawati Mall hingga ke hari ini.


Penglibatan AURA

Di awal perkembangannya, AURA banyak terlibat dengan Pameran Pengantin yang dianjurkan di sekitar Lembah Kelang. Antara Pameran Pengantin yang pernah disertai oleh Aura adalah di EON Keramat (yang pertama anjuran Orange Marketing). Disusuli di Ampang Point, PWTC, KLCC, SACC, Selayang Mall, Wangsa Walk dan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Penglibatan dengan Pameran Pengantin ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman yang berguna terutama mempelajari teknik-teknik closing dengan customer, design pelamin dan busana terbaru, bertemu dengan MUA yang berpengalaman serta menambah persahabatan dengan rakan-rakan butik pengantin yang lain.

Banyak tempahan yang diperolehi semasa pameran pengantin tersebut dan ini menambah kenyakinan Aura untuk terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan serta memberikan yang terbaik kepada setiap pelanggan yang mengambil pakej pengantin dari Aura.

CABARAN
Aura mula mengalami kesukaran untuk beroperasi apabila kerajaan memperkenalkan cukai GST pada 1 April 2015.  Banyak perbelanjaan dan perkhidmatan yang perlu dibayar pada harga yang lebih tinggi disebabkan GST. Pelanggan AURA semakin jimat berbelanja menyebabkan pendapatan berkurangan dan sebaliknya perbelanjaan mengurus dan operasi semakin meningkat. Ini menyebabkan bebanan kewangan yang agak berat bukan untuk Aura sahaja, tetapi kepada semua syarikat yang beroperasi di Malaysia pada ketika itu. Ramai yang terpaksa mengkaji dan menyesuaikan perniagaan dengan perkembangan semasa malah ada yang gulong tikar dan menutup operasi kerana tidak mampu lagi meneruskan perniagaan. Aura juga mengalami nasib yang sama namun masih bernasib baik kerana masih boleh  meneruskan perniagaan dengan cabaran yang dilalui.

Zaman yang paling pahit adalah semasa wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia pada tahun 2020 dan 2021. Zaman di mana tiada pendapatan disebabkan premis pernigaan diarah tutup tetapi masih perlu membayar kos operasi. Ini merupakan satu bebanan yang amat berat untuk ditanggung dan kesannya masih terasa sehingga ke hari ini.

MASIH ADA SINAR
Bermula tahun 2022, suasana perniagaan kembali berada di landasan yang baik apabila kerajaan mula membenarkan sektor perniagaan dibuka. Pendapatan dari perniagaan kembali menunjukkan perkembangan  yang baik walaupun masih diperingkat awal pemulihan. Pendapatan dari hasil jualan dan sewaan costume telah meningkat. Diharapkan suasana perniagaan yang sihat dapat diteruskan demi kesinambungan perniagaan Aura Raja Sehari. Aura komited memberikan yang terbaik kepada para pelanggan pada harga yang berpatutan. Semoga usaha ini diberkati Allah swt dan meneruskan kejayaan pada masa hadapan.

Salam Hormat




AL-FATIHAH

Telah kembali ke Rahmatullah Allahyarhamah Nor Hayati bte Abdul Rahman , Ahli Lembaga Pengarah AR Brothers Sdn Bhd pada 20 January 2023.

Add a description here.

Allahyarhamah Nor Hayati Bte Abdul Rahman

Ahli Lembaga Pengarah

Setelah berkhidmat selama 14 Tahun bersama AR Brothers Sdn Bhd sehingga akhir hayat beliau. Al Fatihah


Ahli Lembaga Pengarah
AR Brothers Sdn Bhd

Pn. Azizah

En. Ahmad Kamil 

TEAM AURA RAJA SEHARI

KENALI TEAM AURA

RAMLEE AR

Chief Executive Officer

KAMIL AR

Board Member /
MANAGER

SARAH

SUPERVISOR

AMIRA

FASHION DESIGNER

Follow Us

Facebook Page Kami : Butik Pengantin Aura Raja Sehari